Selasa, 6 Januari 2015

suka je kot

crush. perkataan tu aku baru je belajar masa aku tingkatan 1 dulu. kecil kecil dah pandai belajar tentang crush crush ni kan. ish ish ish. crush kawan kawan aku cakap maksud dia adalah kita suka pada seseorang ini tapi seseorang itu tidak tahu. betul ke? aku pun tak ambik berat sangat pasal maksud dia. sebab bukan masuk dalam peperiksaan aku ni pun. tapi bila kadang kadang perkataan itu ada juga keluar dekat cerpen online or novel barulah aku macam tahu sedikit.  hahahaha. kalau dulu crush aku sebut cinta sebelah tangan je. aku, start dari kecil hingga darjah 5 , aku langsung tak ada perasaan. maknanya aku tak ada lah suka atau terjatuh cinta pada orang malah aku tak ada artis kegemaran pun pada masa itu. aku tak layan semua itu. tapi start dajah 6 perasaan macam tu tetiba ada. darjah 6 aku adalah tercrush on seseorang ni. dia ni bukan sekelas dengan aku , satu sekolah pun tak. dia tiada kene mengena dengan aku. tapi aku selalu jumpa dia, aku selalu berhadapan dengan dia. hahaha. makin pelik ayat aku. well , dia memang lah tak perasaan perasan aku ni. aku takkan nak tunjuk pulak perasaan aku. tapi aku tak lah pandang serious sangat waktu tu. yelah firstly sebab tahun itu aku ada ujian UPSR . aku mestilah concentrate dekat pelajaran. tak ada masa nak berkunun menyukai seseorang lelaki wah gitu,  tapi tingkatan 1 aku macam terjumpa dia semula. aku tertenung muka dia. perasaan suka makin melonjak lonjak pulak. sebenarnya waktu aku kecil kitaorang rapat je lah atas beberapa sebab. tapi dia tua sikit pada aku. pada aku confirm lah dia anggap aku ni layak selayak layaknya macam adik dia. perasaan suka aku makin melonjak lonjak. aku pun tak tahu perasaan suka sahaja ataupun urmm. tapi aku kecil lagi. hahaha. tak adalah kecil mana. kira baru remajalah kan. tapi makin aku tengok dia makin perasaan suka gilaaa. aduhh . tapi aku tahu dia dah ada girlfriend so aku pun tak kisah lah. aku rasa aku hanya ada perasaan suka je kot pada dia. aku malas lah nak cantas boyfriend orang. gilaa lah. aku sekolah lagi. kalau aku cantas memang aku ni tak sdar dirilah ahaha. ala lagipun muka aku ni bukan pilihan lelaki pun. tapi mata aku ni suka sangat pandang lelaki hensem hensem kalau keluar. alah cuci matalahkan. bukan setakat gigi badan or kereta je perlu cuci.  banyak manapun lelaki aku pandang tapi dia aku suka juga dah masuk 4 tahun aku suka dia.  urm. tapi dia dah ada girlfriend. aku siapa yang nak suka dia. wah tetiba jadi manusia yang sedar diri gitu. tak apa perjalanan aku masih panjang. Allah dah sediakan setiap seorang jodoh. lagipun tanggungjawab impian angan angan cita cita aku sekarang ini adalah belajar bersungguh sungguh sehingga menjadi pelajar yang terpelajar dan berjaya sehingga ke menara gading. dan dapat buat family aku happy senyum bangga dengan aku. amin. dan menjadi manusia yang solehah. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan