Selasa, 6 Januari 2015
PT3!
aahhhhhhh! 2015! tahun baru. azam tetap sama. tapi yang paling takut tahun ini adalah tahun bagi ujian PT3 untuk aku. aku dah lah gila novel pada masa yang sama aku ni pantang line internet laju. kalau dah sentuh fon or novel urmm. berejam baru nak lepas. tapi tak apa , akan ku cuba untuk menjauhkan benda benda itu dariku. pasti boleh, hahaha. memang payah tapi tak apa. sepatutnya hari ini hari kedua aku sekolah sebagai pelajar tingkatan 3 tetapi sebab Malaysia dilanda banjir yang teruk sekolah ditangguhkan selama seminggu. pantai timur banjir agak teruk. aku cuma dapat sedekahkan doa sahaja. aku ni budak sekolah nak sedekah barang memang taklah. mana nak cari semua itu. payah jugalah. tapi ayah aku adalah juga salur sedikit bantuan setakat yang mampu kepada mangsa banjir di kelantan. semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini amin. rumah aku alhamdulilah tak dimasuki air. tahun lepas buat pertama kali rumah aku masuk air.terkejut juga tapi air masuk tu baru paras buku lali. barang pun sempat lagi diselamatkan. aku bersyukur juga. tahun ini mereka di kelantan ada yang paras atap. nak selamatkan barang pun memang dah tak boleh lagi terukkan, doa je buat kali ini yang aku mampu. aku pun bangga dengan artis artis malaysia ni. diaorang turun padang membantu mangsa mangsa banjir seperti dato' siti nurhaliza. ramai artis yang datang membantu. Alhamdulilah. Malah Perdana Menteri juga turun padang membantu dan melihat sendiri keadaan mangsa banjir di malaysia ini. Memang rakyat Malaysia saling bantu membantu. bangga aku menjadi rakyat Malaysia, okay, sebenarnya cerita aku ni dah lari dari tajuk. uphh, biarlah. asal diri aku sendiri yang happy.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan