miss red velvet
Selasa, 6 Januari 2015
kawan dan sahabat.
malam ni aku nak puaskan hati aku untuk lepaskan segalanya. aku punya otak dah full memory. jap ni bukan malam tapi pagi. hahaha. tak kiralah asal aku dapat lepaskan apa yang aku rasa nak lepaskan sambil mendengar lagu 'without you- Aman AF2014' fuh memang konon feeling feeling gila ni. lama lama dengar lagu tu rasa macam sedap juga. hahaha. dah jadi favourite song aku dah pun.eh aku nak cerita pasal lain laah. hahaha. aku ni manusia biasa yang mempunyai ramai kawan. cehh ayat koya jap ' mempunyai ramai kawan ' konon. aku ni tak ada ramai pun kawan. boleh dikira dengan jari . aku bukan peramah atau senang bermesra dengan orang. aku ni pemalu gila. sahabt? aku pun kadang kadang fikir yang aku ni ada sahabat ke atau tak. sebab ada orang pernah cakap yang sahabt bukan seseorang yang kita dah kenal bertahun tahun tetapi sahabt ialah seseorang yang kita kenal yang sangat memahami kita, mempercayai kita. ramai yang mengaku sahabt tetapi ada je yang hampehh. ada orang cakp juga dengan sahabtlah kita boleh share secret kita or problem kita. tetapi aku adalah selesa berkawan dengan seseorang ini. dia seorang yang sempoi. kitaorang minat pada artis yang sama. kitaorang juga selalu share apa yang kitaorang suka dan nak nakkan sangat.kitaorang berhari hari chat. dia layan je perasaan gila gila aku ni. dan aku pun layan je. chat kitaorang selalu happy haha rasa macam nak nyanyi lagu happy je sekarang ni. ewah gitu. hahaha. tetapi aku ada sahabat yang aku kenal dah bertahun. dia pun faham sangat dengan aku. kitaorang minat sesuatu tu sama sama, haha. tak perlulah bagitahu apa yang kitaorang minat. dia pun faham aku. aku pun faham dia. alhamdulilah aku dikelilingi dengan kawan kawan yang baik. tapi tak tahulah aku ada ke tak musuh dalam selimut tu. hahaa.
suka je kot
crush. perkataan tu aku baru je belajar masa aku tingkatan 1 dulu. kecil kecil dah pandai belajar tentang crush crush ni kan. ish ish ish. crush kawan kawan aku cakap maksud dia adalah kita suka pada seseorang ini tapi seseorang itu tidak tahu. betul ke? aku pun tak ambik berat sangat pasal maksud dia. sebab bukan masuk dalam peperiksaan aku ni pun. tapi bila kadang kadang perkataan itu ada juga keluar dekat cerpen online or novel barulah aku macam tahu sedikit. hahahaha. kalau dulu crush aku sebut cinta sebelah tangan je. aku, start dari kecil hingga darjah 5 , aku langsung tak ada perasaan. maknanya aku tak ada lah suka atau terjatuh cinta pada orang malah aku tak ada artis kegemaran pun pada masa itu. aku tak layan semua itu. tapi start dajah 6 perasaan macam tu tetiba ada. darjah 6 aku adalah tercrush on seseorang ni. dia ni bukan sekelas dengan aku , satu sekolah pun tak. dia tiada kene mengena dengan aku. tapi aku selalu jumpa dia, aku selalu berhadapan dengan dia. hahaha. makin pelik ayat aku. well , dia memang lah tak perasaan perasan aku ni. aku takkan nak tunjuk pulak perasaan aku. tapi aku tak lah pandang serious sangat waktu tu. yelah firstly sebab tahun itu aku ada ujian UPSR . aku mestilah concentrate dekat pelajaran. tak ada masa nak berkunun menyukai seseorang lelaki wah gitu, tapi tingkatan 1 aku macam terjumpa dia semula. aku tertenung muka dia. perasaan suka makin melonjak lonjak pulak. sebenarnya waktu aku kecil kitaorang rapat je lah atas beberapa sebab. tapi dia tua sikit pada aku. pada aku confirm lah dia anggap aku ni layak selayak layaknya macam adik dia. perasaan suka aku makin melonjak lonjak. aku pun tak tahu perasaan suka sahaja ataupun urmm. tapi aku kecil lagi. hahaha. tak adalah kecil mana. kira baru remajalah kan. tapi makin aku tengok dia makin perasaan suka gilaaa. aduhh . tapi aku tahu dia dah ada girlfriend so aku pun tak kisah lah. aku rasa aku hanya ada perasaan suka je kot pada dia. aku malas lah nak cantas boyfriend orang. gilaa lah. aku sekolah lagi. kalau aku cantas memang aku ni tak sdar dirilah ahaha. ala lagipun muka aku ni bukan pilihan lelaki pun. tapi mata aku ni suka sangat pandang lelaki hensem hensem kalau keluar. alah cuci matalahkan. bukan setakat gigi badan or kereta je perlu cuci. banyak manapun lelaki aku pandang tapi dia aku suka juga dah masuk 4 tahun aku suka dia. urm. tapi dia dah ada girlfriend. aku siapa yang nak suka dia. wah tetiba jadi manusia yang sedar diri gitu. tak apa perjalanan aku masih panjang. Allah dah sediakan setiap seorang jodoh. lagipun tanggungjawab impian angan angan cita cita aku sekarang ini adalah belajar bersungguh sungguh sehingga menjadi pelajar yang terpelajar dan berjaya sehingga ke menara gading. dan dapat buat family aku happy senyum bangga dengan aku. amin. dan menjadi manusia yang solehah. Amin.
PT3!
aahhhhhhh! 2015! tahun baru. azam tetap sama. tapi yang paling takut tahun ini adalah tahun bagi ujian PT3 untuk aku. aku dah lah gila novel pada masa yang sama aku ni pantang line internet laju. kalau dah sentuh fon or novel urmm. berejam baru nak lepas. tapi tak apa , akan ku cuba untuk menjauhkan benda benda itu dariku. pasti boleh, hahaha. memang payah tapi tak apa. sepatutnya hari ini hari kedua aku sekolah sebagai pelajar tingkatan 3 tetapi sebab Malaysia dilanda banjir yang teruk sekolah ditangguhkan selama seminggu. pantai timur banjir agak teruk. aku cuma dapat sedekahkan doa sahaja. aku ni budak sekolah nak sedekah barang memang taklah. mana nak cari semua itu. payah jugalah. tapi ayah aku adalah juga salur sedikit bantuan setakat yang mampu kepada mangsa banjir di kelantan. semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini amin. rumah aku alhamdulilah tak dimasuki air. tahun lepas buat pertama kali rumah aku masuk air.terkejut juga tapi air masuk tu baru paras buku lali. barang pun sempat lagi diselamatkan. aku bersyukur juga. tahun ini mereka di kelantan ada yang paras atap. nak selamatkan barang pun memang dah tak boleh lagi terukkan, doa je buat kali ini yang aku mampu. aku pun bangga dengan artis artis malaysia ni. diaorang turun padang membantu mangsa mangsa banjir seperti dato' siti nurhaliza. ramai artis yang datang membantu. Alhamdulilah. Malah Perdana Menteri juga turun padang membantu dan melihat sendiri keadaan mangsa banjir di malaysia ini. Memang rakyat Malaysia saling bantu membantu. bangga aku menjadi rakyat Malaysia, okay, sebenarnya cerita aku ni dah lari dari tajuk. uphh, biarlah. asal diri aku sendiri yang happy.
Langgan:
Catatan (Atom)